Monday 23 July 2012

A New Boyfriend :)

Oh Farhan !
Tak salahkan kita cari yang baru ? cinta baru ? untuk lupakan kisah lama yang menyakitkan , hanya diri ini saja yang tahu . dan hanya diri ini sahaja yang temui penawarnya . Kadang-2 hati ini merasa berat dan takut kisah yang lama berulang kembali . Kadang-2 sukar untuk menpercayai seorang Lelaki , tapi aku tahu akan hadir nya seorang lelaki yang terbaik untuk aku . Aku sendiri tak tahu siapa lelaki itu atau dikenali sebagai Mr. Right . Allah , saja temukan aku lelaki yang salah kerana Allah akan hadirkan aku seorang lelaki yang benar-2 layak untuk aku . Tipulah aku , kalau aku tak dapat lupakan kisah dan keperitan yang aku alami dulu . Sukar untuk melupakan dan risau luka ini akan berdarah kembali .

Aku tak pernah mempermainkan perasaan kaum adam walaupun aku sering dipermainkan . kerana bagi aku , wujudnya hukum KARMA . Jika kita menbalas benda yang tak baik kerana dendam , kita sendiri akan merasainya suatu hari nanti . Jika kita seorang yang setia , teruskan kesetiaan itu . Dan , jika kita seorang yang suka permainkan perasaan orang lain , berhentilah , kerana anda juga mempunyai perasaan dan anda juga akan dipermainkan . Jangan pulak , bila dah terkena baru nak menyesal . Tiada guna babe .

One more thing , belajarlah menjadi seorang yang pemaaf , kerana ia dapat menenangkan hati kita , walaupun kesalahan yang orang lain buat kat kita , kita tak dapat terima . Btw , kita kena terima juga , kerana setiap manusia sering melakukan kesilapan dan tak kan pernah berpaling dari melakukan kesalahan . Jadi , tak payah nak jadi manusia yang bongkak .

Hadirnya cinta baru , akan menenangkan hati kita , buat kita bahagia . Adakah semua itu kekal ? ya atau tidak hanya Allah yang menentukan . Kita cuma perlu hargai si dia kerana si dia bukan milik kita . Mencintai seseorang tidak salah , tapi kita jangan lupa kepada Pencipta . Alhamdulilah , aku beransur keluar dari kepompong kesedihan , kepedihan hidup aku yang dulu . Aku inginkan sebuah kehidupan yang sederhana tetapi aku bahagia . Aku juga tak akan berpaling kepada orang yang pernah sakiti aku .

Farhan , terima kasih kerana mengisi kekosongan hati ini . Jadilah seorang Lelaki yang amat saya sayang , hormat dan sangat saya percayai :)

No comments:

Post a Comment