Tuesday 26 March 2013

Mengapa harus menerimanya?

Lumrah kita sebagai manusia susah nak lupakan orang yang sangat kita sayang. Kita rasa dia sudah sebati dengan jiwa kita. Bila kehilangan dia kita rasa separuh jiwa ni mati. Begitulah aku rasa sekarang. Tak dapat nak digambarkan rasa kecewa,sayang,rindu tu. Selama 2 tahun aku kenal dia. Orang akan kata aku bodoh, saiko, tunggu dia. Tapi dia lagi bodoh buat aku macam nie.

Sepanjang aku kenal dia, terlalu banyak dia sakitkan hati aku, kecewakan aku. Tahap mana lagi aku patut terima dia. Dalam sayang aku dekat dia, dia couple dengan perempuan lain. Siap kata aku perampas, kata aku dengki dengan kebahagiaan diorang. Sanggup nak marah aku kerana benda ni. Pernah terfikir, aku tak marah ke kau ambil orang yang aku sayang, Kau buat aku macam terhegeh-2 kat dia. Kau rasa bangga dia sayangkan kau sedangkan aku terseksa untuk menerima semua ini.

Mengapa aku harus menerimanya?

Aku sanggup tahan kesedihan demi melihat dia bahagia. Dia bersama dengan orang yang dia sayang. Dia biarkan aku macam tunggul, takde perasaan. Terlalu banyak aku bagi peluang pada dia. Kehadiran seorang perempuan dalam hidup dia, rampas dia dari aku. Sedangkan aku tak mampu untuk pertahankan sedangkan aku menggigil tahan air mata melihat dia bersama perempuan tu. Aku tak tahu mengapa Allah kurniakan dia sedangkan dia bersama orang lain walaupun masih rapat dengan aku.

Tak lebih aku minta dari dia, sayangi aku, rindui aku. Sebagaimana perasaan ini terhadap dia. Tolong jangan sakiti aku. Jika ini berterusan, tinggalkan aku buat selamanya. Sampai bila aku harus tahan semua ini. Biarkan kau bahagia. Kau ukir nama perempuan tu dalam hati kau. Kau sayangkan perempuan tu. Mengapa kau selalu dengan aku? bila susah cari aku? Aku merayu pada kau, jangan buat aku terluka lagi. Aku tak sanggup.

Pintu hati aku sukar buka untuk orang lain, aku dapat rasakan kau akan hadir bila aku sudah berpunya. Aku taknak menyesal bila aku tak terima kau. Demi Allah, aku sanggup terluka bila kau tinggalkan aku, sayang orang lain, Tapi aku lagi bahagia bila kau rasa apa yang aku rasa dengan ikhlas. Aku cuba diamkan diri, cari hati aku. Sekarang, aku masih bagi kau peluang. untuk kau, tiada peluang yang terakhir.

Meskipun sayang aku dekat kau hanya tergantung. Aku masih menunggu jawapan dari kau. Jika kau tinggalkan aku kerana orang yang kau sayang, tak mustahil orang tu akan tinggalkan kau untuk orang yang dia sayang. Aku nampak apa yang berlaku, saat kau sedih, kau datang kat aku. Sebolehnya aku tak mau lihat kau sedih.

Awak, jika seumur hidup awak tiada orang yang setia menunggu. Izinkan saya menjadinya. Jika awak tak perlukan saya, jujur pada saya. Tinggalkan saya buat selama lamanya. Saya teringin nak awak setia :')

MIMN

Sunday 17 March 2013

Sakit Lagi

Hati aku tak sedap, rasa ada sesuatu yang tak kena. Aku cuba tanya si Dafi, betul ke dia kapel dengan perempuan tu? Dia kata ''YA''. Darah aku terus sentap. Hari tu aku tanya perempuan tu, dia kata takde kapel. Penipu kan :') .Konon nak jaga hati aku. Semua Penipu !. Dafi kata taknak bagitahu aku sebab dia taknak aku sakit hati. Awak, apa yang awak buat sekarang tak buat saya sakit hati? . Sumpah aku kecewa gila banyak kali awak tipu saya tau. Dari dulu lagi. Tak cukup lagi ke awak nak sakitkan hati saya lagi? Lepas ni apa pula? Kalau rasa saya ni tak penting. Jangan nak janji macam-2 and cakap SAYANG. Faham? .Sumpah, saya pantang orang tipu saya. Ya, awak terlalu sayangkan perempuan tu kan?

Dalam text nampak sangat awak sokong perempuan tu. Awak cakap jangan benci perempuan tu. Yelah, perempuan tu awek awak kan? awak sokong dia. Tahu kan sebab apa saya benci dia? dia PENIPU :') Dia rampas awak. dia buat saya nie patung depan mata awak. Awak buta kan? sebab awak terlalu sayang kan dia. Bagus, awak dah mengaku salah awak. Tapi, semua tu tak dapat ubat hati saya sayang. Awak, buat saya putus asa. Awak buat saya benci orang. Awak buat saya kembali perangai dulu, sukar maafkan orang. Saya malas nak cakap pasal perasaan kalau awak masih lagi buta :')

Saya tak tahu apa salah saya selama ni. Apa silap saya sampai awak bagi balasan seteruk ni. At least saya tak pernah tinggal kan awak semata mata EX saya tau. Cuma saya pernah tinggalkan couple kerana awak, awak datang pujuk saya. Ini balasan awak IDAFI ? ;) saya tahu awak tak matang. awak ikut hati awak. Tapi, awak tak fikir perasaan orang. Tolong awak, jangan jadi macam dulu :').

Awak dah jelaskan semuanya. Tapi, saya ada satu yang saya amat terasa kay :') kenapa awak balik kampung hari ahad? kenapa awak tak pentingkan keluarga awak? kenapa awak nak dengar cakap dia? Sampai hati awak kan kat kampung perangai macam tu, Patutlah nak tak nak je cakap. Rupanya ada pesanan sialan dari perempuan tu yaa ;) Awak, Tak rasa bersalah ke tipu mama and ayah awak? Cukuplah awak tipu saya. Kat kampung saya tunggu awak sampai tertidur. Padahal masa tu saya marah dekat awak. Sebelum awak sampai Muar, saya text awak. nak taknak je text kan?. Awak sampai Muar pukul 2 pagi. Saya tersedar, ikutkan hati taknak bangun sebab angin dengan awak. Tapi saya bangun, awak, along, and bieha baru sampai. Saya tahu awak lapar, bagi awak makan. Dafi dafi. Awak, dia bukan bini awak tau nak halang awak nak pergi mana, balik bila. Memang dia sayangkan awak, dia cemburu tengok awak dengan perempuan lain. Dia amat sensitif, saya faham perempuan tu. sebab saya pun perempuan. Tapi, saya tak suka cara dia :')

One thing, aku marah gila bila dafi jumpa perempuan tu pakai motor aku and bagi 'SOMETHING' gift right? . Haha. Fucking shit that sweet. Aku lupa nak pesan kat Dafi. Hmm, kang aku cakap dia kata aku kecoh pula. Yelah, dia nak marah Dafi jumpa aku pehal? Fikir sendiri eh sayang. Kalau tak kerana motor aku. Dafi tak kan bagi kau something and datang rumah kau kay. Baik sikit perangai eh ;)

So, now aku kena tahan lah sikit sakit hati. Dulu bila Dafi couple lain aku tak sakit hati sangat. Sebab aku jauh dari dia and ada couple. Now, malas nak couple dengan orang lain. Aku taknak menabur hati. Dalam hati aku hanya ada satu cinta. Meskipun dia sayangkan orang lain. Aku tetap setia menunggu :')

Sunday 10 March 2013

Kesakitan yang dirasai oleh seketul daging

Sekali lagi aku rasa sakit hati setelah semua ni berulang kembali. Pengakuan budak ni kat whatsapp yang capital D sayang dan dia pun sayangkan capital D tu. Dari situ aku dah tak tau kenapa ada aku dalam hidup capital D? sebagai kawan? setahu aku kalau kita sayangkan orang tu pergilah kat orang yang kita sayang tu kan? Kalau ada aku buat semak je kan?. Tak payah aku nak cakap pasal perasaan. Aku tahu capital D tipu aku selama ni. Kenapa dia tak minta tolong kat perempuan yang dia sayang tu? Kenapa still nak jaga aku? Kenapa capital D cakap '' aku sayang kaulah bodoh" hari tu? . Capital D, Awak dah banyak kali tipu saya tau. saya tetap maafkan awak, sebab saya bagi awak peluang. Tapi semua sia sia kan?. Tahniahlah kepada permpuan tu sebab berjaya buat capital D sayang and cintakan dia dan anggap aku macam patung.

Family capital D ada nak jodohkan kitorang, Tapi, dah jadi macam ni. Yaa, maybe capital D tak faham dan tak rasa apa yang aku rasa sekarang. Dia tak tahu aku sayang dia. Memang tak nampak, aku malas nak sebut apa aku buat. Dia lebih bahagia dengan perempuan tu kan. Hak dia, aku tahu capital D sayang aku main main. Tak pernah pun serius. Aku pun tak tahu kenapa aku buat macam ni. sedangkan aku tak pernah buat dekat yang lain. malah aku susah nak sayang orang lain. Aku pun tak tahu kenapa Allah lembutkan hati aku untuk terima capital D. Kalau aku tahu semua ni berlaku, capital D kembali balik dekat perempuan tu. Demi Allah aku takkan maafkan capital D hari tu. Tapi, ini semua takdir Allah. Salah aku, mudah sangat maafkan orang, mudah sangat bagi peluang kat orang. Padahal, capital D tak pernah bagi peluang dan tak pernah hargai.

Aku relakan mereka bahagia walaupun aku terpaksa sembunyikan rasa marah, cemburu, sedih. Aku dah banyak kali tahan dengan perangai capital D. Aku nak marah capital D pasal ni, tapi aku jaga hati dia, aku tahu dia tak suka kena marah. aku taknak dia tension pasal ni. Dia kerja. hmm, Sampai sekarang aku masih terluka dengan semua ni. Tapi aku tetap kuatkan semangat. Aku nak buang sayang ni. Biarlah perempuan tu berhak sayang capital D. Aku tak kisah aku sakit asalkan mereka bahagia. Aku mengaku, aku agak rimas dan benci bila aku lepak dengan capital D handphone dia text datang. If nak text belakang aku, jangan depan aku. Nasib baik capital D pakai handphone kawan dia. Kalau capital pakai nokia aku tu. dah lama aku baling.

8,9,10 March aku follow family capital D balik kampung sebab pak cik dia kawin. Best sangat dapat balik kampuang capital D, aku seronok bila ada family macam tu. Aku tolong family dia kenduri, dapatlah sedikit pengalaman dengan orang baru. Mula2 malu, lama2 okay. Maybe ni last aku follow. Sebab lepas ni capital D bawa lah perempuan tu balik kampung pula kan :'D . Jujurlah, semua ni berlaku masa aku kat kampung capital D. Aku rasa nak balik time tu jugak. sebab aku tak layak follow. yang layak perempuan tu. Betul tak?

Masa capital D dah sampai Muar, aku ikutkan hati malas nak layan dia malam tu. Tapi aku cover, aku lembutkan hati. Tapi esoknya tu aku dan dia biasa saja. Dia busy dengan kerja dia , aku dengan kerja aku. Then pukul 2.30 kitorg balik ke Semenyih. Perjalanan 3 jam. Malam tu Capital D hantar aku balik Maluri. Niat aku nak tanya pasal ni, tapi aku hairan kenapa capital D happy happy and ajak borak. Maybe dia tahu aku nak mengamuk ke apa? Tapi, okaylah dia buat macam tu. Aku pun tak mau gaduh :')

Akhir sekali takde apa yang aku nak kata kan banyak banyak, cuma aku kecewa :')