Wednesday 18 September 2013

My man


untuk site ni, saya nak kongsi pasal seseorang yang dari dulu saya dengan dia. Ada yang tahu dan ada yang tak. Bukan senang saya nak tempuhi semua ni. Walau lepas satu satu, tak lari saya dituduh perempuan perampas, menggatal dengan BF orang, perempuan saiko. Saya sebenarnya nak cerita dari first saya jumpa dia sampai lah sekarang.

Saya kenal dia pada awal tahun 2011, taklah lama, baru je lagi. First time saya kenal dia dengan nama sahaja, orangnya tak tahu, saya just dengar cerita tentang dia kat sekolah, orang kata dia handsome. Wah, perempuan mana tak suka kan. Saya satu sekolah dengan dia di SMK **** , tapi tak pernah jumpa pun sebab saya masuk je sekolah tu dia pindah teknik. So , nama jelah yang tinggal. First saya jumpa dia dekat tasik di satu tempat nilah, masa tu saya couple dengan someone ni. Dialah kenalkan saya dengan mamat ni kan. Time tu tak tahu pun budak yang saya dengar cerita tu. First jumpa macam layan tak layan, senyap je ada BF kan. Tapi ada lah jeling sikit, cakap dalam hati ''handsome jugak, macam cina''. Saya memang ingat dia cina pun. Sepet kan. Then that time dia panggil cinderella sebab BF saya tu kena hantar saya balik. 

Sejak tu kitorang ada lah lepak-2 kat tasik. Saya pun add dia kat FB. Dari situ saya sahkan dia cina sebab nama FB dia Ah *****. Lama-2 tu saya barulah tahu yang dia ni mamat yang kawan-2 saya cakap masa sekolah tu. Memang handsome doe. haha k. Then kitorang rajinlah tegur-2, saya pun mengadu masalah dengan dia, dia pun mengadu masalah dengan saya. Kitorang jadi tempat luahan. Sahabat kan. After that dia menghilang sebab time tu dia kolej. So, lost contact. Actually banyak cerita tapi skip ah xD. 

Kitorang jumpa balik time tu saya dah habis SPM rasanyalah. Dia nampak saya kat bawah pokok, that time saya tengah tunggu BF lah, huhu. Borak-2 then ambil no. Dah start text, jumpa. Then, dia ni baik orangnya, bukan macam yang kawan-2 saya cerita, yaa memang betul dia macam tu. Actually, dia baik dia suka tolong orang, carring. Sampai dia offer diri dia nak hantar saya pergi kerja kat Kajang, everyday. Baikkan? dia bawa motor macam hape nak tercampak den. Sejak tu saya salu lepak dengan dia, and ONE DAY....

Dia minta couple dengan saya kat FB lah. Saya ni ingat dia main-2. Yelah, dia ni bukan serious. Then saya terimalah, sebab saya dah start suka dia. eeeee malu :P. So kitorang bahagia macam orang lain. Keluar sesama, gila-2, lepak-2, jalan-2.

Biasalah bila couple mesti ada rintangan. Dia tinggalkan saya macam tu je. Saya tak tahu sebab dia. Rupanya dia tension sebab dapat PLKN -,-''. Haha. First break. Saya nekad taknak maafkan dia. Bagi saya dia kejam, dia tak seperti yang saya sangka. Lepas dia keluar PLKN tu, saya ada lepak rumah dia sebab adik dia ajak, Saya tak pandang pun muka dia, that time dia ada awek, budak kajang. Lagipun saya nak gelak tengok muka dia dahlah botakkkkkkk. eeeee abang botak. 

Masa Hari Belia tahun lepas kitorang get back balik, dia mintak. Katanya still sayang lagi. Yelah awak. hee. Tak lama lepas tu saya tinggalkan dia, sebab kantoi couple lain. Time tu saya dah study. Padahal saya taknak lepaskan dia, tapi saya tak suka dia buat saya macam ni. then, dia couple dengan budak kajang jugak.

Nilah first saya kena tuduh perampas, padahal awek dia tak tahu pun cerita sebenar. Saya tak tahu nak salahkan sapa, saya pun ada salah juga. Saya jumpa dia sebab dia nak minta maaf, saya dengan dia kawan time tu. Tapi kitorang lupa yang saya BF dan dia ada GF. So, Gf dia salah faham. Yaa, saya kalau jadi Gf dia tu pun saya marah. 

Ni masalah and dugaan paling sakit pernah saya rasa dengan dia. Dia couple dengan budak kajang lagi. Tapi yang ni teruk sangat saya rasa. Macam mana eh nak cakap, saya dengan dia kitorang tak boleh berenggang, sayang tu ada tapi kitorang takut nak couple sebab kitorang tak mampu. Masa nilah saya kena tuduh perempuan saiko, kena hina macam-2. 

Saya pertahankan mamat ni, saya mengaku saya sayang dia sangat. Kitorang lama dah hidup sama-2, susah senang sama-2. Dia cakap saya teman istimewa dia, walaupun saya hanya kawan. Tapi Dia tak pernah buat apa yang dia buat kat saya kat perempuan lain. Sanggup teman saya tiap malam makan. padahal dia penat. Kat sini jadi salah faham sampai saya dengan perempuan tu gaduh, maki-2 kat twitter. Sebab mamat ni cakap dekat perempuan tu lain, dekat saya lain. Pada masa yang sama saya kecewa sangat apa salah saya, saya tetap ada kat sisi dia, tapi kena dia buat saya macam ni. Saya sanggup susah demi dia, saya taknak susahkan dia, saya bagi kesenangan untuk dia. Sejak dengan perempuan tu, saya dengan dia kerap gaduh, dia pertahankan yang dia sayang saya. Tapi saya pertahankan kenapa dia pilih perempuan tu. Masa tu saya tak faham kenapa dia buat semua nie, sampai saya dah tak tahu nak buat apa dah

Saya tak dapat cerita semua, sebab sebak pulak. Selebihnya biarlah saya dengan dia je yang tahu. Ini semua ujian untuk saya dengan dia, kitorang kena tahu macam mana nak sabar, buat keputusan yang tepat. Yelah, pengalaman tu mematangkan kita. Sepanjang hidup saya lelaki kedua terbaik yang saya respect, dah macam separuh jiwa saya, yang saya akan lemah tanpa dia, yang saya akan rindu bila berjauhan, dialah Muhammad Idafi. Walaupun dari luaran orang nampak dia penuh keburukan, tapi orang silap. Dia baik, cuma kelakuan dia. Saya cuba faham perangai dia, sabar dengan dia. Dia seorang yang berhati lembut, dia mengajar saya memaafkan orang. Walaupun orang tu maki saya, hina saya dekat twitter. Saya pula jenis susah nak maafkan orang. Antara sebab saya sayang dia, sebab perangai dia sama dengan arwah daddy. Bagi saya mereka tu pengubat, bila saya ada dengan mereka saya tenang dan rasa selamat. Sebab tu saya sayang dan hargai dafi. Saya dah jumpa pengganti arwah daddy.

Kadang-2 saya rasa pelik kenapa Allah temukan kami walhal kami dah banyak kali kecewa. Rupanya ada hikmah, bukan buruk perangai seseorang tu tiada satu kebaikan. Satu kebaikan tulah bagaikan seribu kebaikan. Terima kasih pada Allah kerana kuatkan hati saya, Saya pernah menyerah, tapi dengan rasa sayang tu saya bangkit. Alhamdulillah sekarang keadaan dah pulih seperti biasa. Kami tetap macam selalu, keluar sama-2, kongsi masalah, gelak sama-2. Saya rindu life kami yang dulu, takda orang kacau, takda orang nak ambil tahu. Kami mulakan hidup baru, tutup kisah lama yang pahit. Dan dia fokus untuk cari duit dan saya belajar sampai menara gading dan part time bantu dia. hehe. Dalam masa yang sama kami still sayang, tapi kami malas nak fikir sebab kami masih muda dan tanggungjawab kami kepada ibu bapa kami belum terlaksana. Semoga ujian seterusnya saya dan dia dapat tempuh dengan matang. InsyaAllah, ada jodoh tak kemana. Lelaki inilah yang mengajar aku segalanya. Thanks awak berada disisi saya. Everything is you lah :)

1 comment: