Tuesday 26 March 2013

Mengapa harus menerimanya?

Lumrah kita sebagai manusia susah nak lupakan orang yang sangat kita sayang. Kita rasa dia sudah sebati dengan jiwa kita. Bila kehilangan dia kita rasa separuh jiwa ni mati. Begitulah aku rasa sekarang. Tak dapat nak digambarkan rasa kecewa,sayang,rindu tu. Selama 2 tahun aku kenal dia. Orang akan kata aku bodoh, saiko, tunggu dia. Tapi dia lagi bodoh buat aku macam nie.

Sepanjang aku kenal dia, terlalu banyak dia sakitkan hati aku, kecewakan aku. Tahap mana lagi aku patut terima dia. Dalam sayang aku dekat dia, dia couple dengan perempuan lain. Siap kata aku perampas, kata aku dengki dengan kebahagiaan diorang. Sanggup nak marah aku kerana benda ni. Pernah terfikir, aku tak marah ke kau ambil orang yang aku sayang, Kau buat aku macam terhegeh-2 kat dia. Kau rasa bangga dia sayangkan kau sedangkan aku terseksa untuk menerima semua ini.

Mengapa aku harus menerimanya?

Aku sanggup tahan kesedihan demi melihat dia bahagia. Dia bersama dengan orang yang dia sayang. Dia biarkan aku macam tunggul, takde perasaan. Terlalu banyak aku bagi peluang pada dia. Kehadiran seorang perempuan dalam hidup dia, rampas dia dari aku. Sedangkan aku tak mampu untuk pertahankan sedangkan aku menggigil tahan air mata melihat dia bersama perempuan tu. Aku tak tahu mengapa Allah kurniakan dia sedangkan dia bersama orang lain walaupun masih rapat dengan aku.

Tak lebih aku minta dari dia, sayangi aku, rindui aku. Sebagaimana perasaan ini terhadap dia. Tolong jangan sakiti aku. Jika ini berterusan, tinggalkan aku buat selamanya. Sampai bila aku harus tahan semua ini. Biarkan kau bahagia. Kau ukir nama perempuan tu dalam hati kau. Kau sayangkan perempuan tu. Mengapa kau selalu dengan aku? bila susah cari aku? Aku merayu pada kau, jangan buat aku terluka lagi. Aku tak sanggup.

Pintu hati aku sukar buka untuk orang lain, aku dapat rasakan kau akan hadir bila aku sudah berpunya. Aku taknak menyesal bila aku tak terima kau. Demi Allah, aku sanggup terluka bila kau tinggalkan aku, sayang orang lain, Tapi aku lagi bahagia bila kau rasa apa yang aku rasa dengan ikhlas. Aku cuba diamkan diri, cari hati aku. Sekarang, aku masih bagi kau peluang. untuk kau, tiada peluang yang terakhir.

Meskipun sayang aku dekat kau hanya tergantung. Aku masih menunggu jawapan dari kau. Jika kau tinggalkan aku kerana orang yang kau sayang, tak mustahil orang tu akan tinggalkan kau untuk orang yang dia sayang. Aku nampak apa yang berlaku, saat kau sedih, kau datang kat aku. Sebolehnya aku tak mau lihat kau sedih.

Awak, jika seumur hidup awak tiada orang yang setia menunggu. Izinkan saya menjadinya. Jika awak tak perlukan saya, jujur pada saya. Tinggalkan saya buat selama lamanya. Saya teringin nak awak setia :')

MIMN

No comments:

Post a Comment