Saturday, 15 December 2012

Saya Terlalu Sayangkan Awak :')

Dari First time saya dah mula jatuh hati dengan awak sampailah hati saya terluka,saya masih lagi sayangkan awak. Saya cuba pendamkan, agar awak tak tahu apa yang saya rasa. Saya taknak bertepuk sebelah tangan. Saya tahu, saya tak sehebat, secantik, sebaik wanita yang awak kenal. Mungkin saya tak ada apa yang mereka ada. Mungkin awak tak nampak lagi kelebihan yang saya yang takda pada orang lain. Awak nak tahu tak, kenapa sudah berapa kali awak kecewakan saya, tapi saya masih lagi terima awak dan maafkan awak? Sebab saya bagi peluang untuk awak tebus kesalahan awak tu. Saya tak kisah meskipun saya harus tahan rasa sakit tu demi awak.

Saya bukan tukang tilik yang boleh menilai sama ada awak sayangkan saya ataupun tidak. Cuma saya berserah kepada Allah akan cinta ini. Adakah saya layak dihati awak. Saya tak minta lebih, cukuplah awak hargai saya sebagai seorang wanita yang selalu ada untuk awak. Saya tak kuat hadapi luka yang awak beri sayang.

Awak nak tahu tak. Saya teringin nak ada seorang lelaki yang boleh jaga saya, jaga hati saya sebagai pengganti seorang Lelaki yang telah pergi buat selamanya iaitu ayah saya. Saya ingin macam mana wanita lain dijaga dengan penuh kasih sayang, perhatian. Saya tak minta lebih pun awak. Kenapa itu pun susah? Kenapa harus kecewakan saya? Apa salah yang saya buat? Saya tak layak ke dapat semua tu? Awak, saya tahu semua manusia lain caranya. Tapi saya mohon sangat tunaikanlah permintaan saya yang mungkin berat bagi awak. Tapi berat lagi seksa yang saya tanggung selama ini.

Awak, andai kita ditakdirkan untuk bersatu. Saya ada pesanan untuk awak. Tolong jaga saya macam mana saya jaga diri awak. Kerana  saya adalah pakaian untuk awak dan awak adalah pakaian untuk saya. Awak tahukan, saya dah 9 tahun kehilangan kasih sayang seorang lelaki?

Jika selama ini saya membuat kesilapan. Maafkan saya. Saya cuba untuk jadi yang terbaik untuk awak. Saya terlalu sayangkan awak Capital D

No comments:

Post a Comment