Friday, 7 December 2012

Aku Suka Dia :)

Mula mula aku kenal dia hanyalah sebagai seorang sahabat. yang semakin hari semakin rapat tahun lalu. Aku juga tak menyangka yang aku boleh ada hati dengan dia. Pada awal tahun ini kami menyatukan hati kami yang saling menyayangi. Hubungan kami tak kuat, kejap couple kejap putus. Kami juga diduga dgn ada perasaan benci antara satu sama lain. Akhirnya aku buat keputusan untuk berpisah dgn dia. dia pun ada pengganti, aku pun ada. Tapi tetap jadi sahabat yg akrab , seperti masa kami couple dulu. Tapi aku sendiri tak tahu dah 3 bulan kami cuba bina kehidupan kami , akhirnya, aku ditinggalkan dan dia ada masalah dgn pasangan dia.

Pada masa yang sama, aku juga dituduh merampas dia. Mungkin salah aku kerana rapat dgn dia. Tak lebih dari seorang sahabat. Demi Allah hanya seorang sahabat.

Kini, aku dan dia semakin akrab, aku tak tau dengan perasaan aku sendiri. Why aku rasa happy bila dgn dia and rasa rindu bila jauh dengan dia. Aku malu untuk menyatakan ini pada dia. kerana kami hanyalah seorang sahabat. Bukan aku taknak menyayangi dia, aku cuma takut apa yg terjadi dulu berulang kembali.

Aku menyesal lepaskan dia dulu, aku tak terima buruk baik dia, aku ego. Aku terlalu kejarkan kesempurnaan. Aku tak cuba ubah dia. Aku biarkan dia menyayangi org lain sedangkan waktu itu aku berat nak lupakan dia dan berhenti menyayangi dia. aku buat tindakan bodoh waktu tu.

Sekarang, aku hanya mampu diamkan diri tentang perasaan aku. Biar Allah saja yang tahu. Biarlah kami berkawan dan mengenal hati budi. Dia sendiri ada cakap ''Beranilah siapa ambil dia, aku tumbuk mukanya nanti" . Apa maksud dia?

Aku mengaku yang aku sayangkan dia, aku taknak buat dia terluka, aku nak dia dia sentiasa gembira. Aku tak tahu apa perasaan dia dekat aku. Adakah sebagai seorang sahabat atau tidak?. Mungkin dia tak tahu aku sangat menyesal tinggalkan dia.

"Awak, terdetik dalam hati saya taknak kehilangan awak untuk kali ini, cukuplah selama ini kita berpisah. Kalau Allah dah jodohkan kita. mungkin kita bersama satu hari nanti."

"Awak, terima kasih buat saya gembira selama ini. Saya terlalu hargai awak. Maafkan segala salah saya kat awak"

"Terima kasih kerana cubit pipi saya hari tu, walaupun saya menahan sakit, saya mampu tergelak"

I Love You "Lelaki Misteri yang selalu ada di depan mataku"

No comments:

Post a Comment